Mamanpang Lotud (Mitos Penciptaan) dalam Upacara Penyembuhan Sumalud di Kalangan Komuniti Dusun Lotud, Daerah Tuaran, Sabah, Malaysia Timur. Laporan Dokumentasi Kebudayaan.
posted on 2022-05-09, 13:30authored byYunci CaiYunci Cai, Judeth John Baptist, Jacqueline Pugh-Kitingan, Hanafi bin Hussin

Mamanpang Lotud merupakan satu bentukpuisi ritual yang bukan sahajamenggariskan mengenai mitos penciptaan Lotud dan menyediakan catatan lisansejarah masa lampau, tetapi juga menetapkan formula agama untuk corak

tingkah laku manusia yang betul agar terus mengekalkan hubungan yang harmoni antara dunia manusia dan alam Spiritual. Mempunyai seramai kira-kira 20,000 orang, Dusun Lotud merupakan masyarakat Orang Asal yang menetap di

Daerah Tuaran Sabah, Malaysia Timur. Mamanpang Lotud membentuk asaskepada undang-undang Adat masyarakat Lotud yang diiktirafkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah yang masih diamalkan di Sabah sehingga hari ini.

Mamanpang Lotud diungkapkan dalam bentuk rinait, iaitu satu genre unik tradisilisan puitis yang terdiri daripada baris berpasangan dengan makna yang sama, yang pertama dalam bahasa sehari-hari dan yang kedua dalam bahasa ritual. Rinait lazimnya diturunkan secara lisan oleh spesialis ritual Lotud, yang akan menghafal rinait sebagai sebahagian daripada latihan yang sangat sakral bagi

mereka dan membaca bahagian rinait semasa upacara ritual. Rinait mamanpang Lotud terkandung dalam ritual penyembuhan Sumalud yang diamalkan oleh

Dusun Lotud yang tinggal di Daerah Tuaran.

Laporan dokumentasi budaya ini menerangkan rinait Mamanpang Lotud yang terselit dan tertanam dalam upacara penyembuhan yang di panggil Sumalud. Ia

menggariskan watak-watak utama dalam dunia spiritual Lotud yang dirujuk oleh mamanpang dan menerangkan jalan cerita dan urutan peristiwa yang membentuk mitos penciptaan Lotud. Laporan ini perlu dibaca bersama dengan

laporan yang disertakan yang mengandungi transkrip penuh puisi ritual mamanpang dan fail media bersiri yang merakan spesialis ritual Lotud yang pakar dalam melafazkan kedua-duanya. Ini boleh dimuat turun daripada Arkib Penyelidikan Leicester.

Funding
Projek ini dibiayai oleh Dana Penyelidikan Cabaran Global QR Univerisit Leicester (Penyelidikan)